Monday, 9 November 2015

Cerita Bermula..


Hai assalamualaikum…

Nama diberi Hajar Shafiei dan kawan saya Arisah Erialdi.. Kami merupakan pelajar UPMKB… Kat mana tu? Serdang? Xla.. kat SARAWAK… Xpercaya… boleh la search kat www.upmkb.edu.my..

Merupakan pelajar tahun akhir yang menjalani Latihan Industri… Starfresh Agro Park merupakan pilihan untuk kami menjalani Latihan Industri selama enam bulan….

Maka disini bermulalah cerita kami sebagai pelajar yang membawa nama  Universiti dan berbakti kepada syarikat Starfersh serta menimba ilmu sebanyak yang mungkin..

Ok… saya akan perkenalkan serba sedikit tentang Syarikat Starfresh Agro Park

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1985 dengan keluasan tanah 40 ekar yang terdapat pelbagai  jenis pokok buah dan tanaman herba. Syarikat ini pernah menjadi syarikat utama dan pengeksport terbesar buah tropika di Malaysia serta mendapat pasaran di Eropah, Asia dan negara-negara Asia Tengah.

Sehingga pada tahun 2009, ladang ini telah dipelbagaikan kepada industri agro-perlancongan dengan fasiliti dan berstruktur untuk pendidikan, kesihatan dan tujuan latihan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di Starfresh ialah educational trips, student camps, meeting & conference, annual dinner, family day, wedding fuctions, catering services, motivational  & teambuilding, graduation day, leisure family trips, wellness, gravity sport, motorsport events, religious camps, exhibiton and etc.


Perjalanan untuk sampai ke Starfresh hanya mengambil masa selama 45 minit dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya utara selatan. Tapi kalau dari Kajang atau Cheras hanya mengambil masa selama 30 minit melalui jalan highway Lekas baru…



Starfresh Agro Park


Arisah & Haja


Aktiviti Menunggang Kuda 



No comments:

Post a Comment