Tuesday, 24 November 2015

Education Trip bersama Pelajar Tadika Pasti

Assalamualaikum dan hai...

Kali ni kami bersama pelajar tadika PASTI untuk 'Education Trip'.
Education trip ni adalah lawatan sambil belajar ..
First of all..kami akan tunggu kedatangan adik-adik tadika Pasti ni datang ke Starfresh..
Setibanya adik-adik ni di Starfresh...mereka disajikan dengan video presentation dari En.Kenly (event manager) mengenai aktiviti yang ada di Starfresh.

Selepas itu, mereka dibawa melawat ladang dan kebun..terserlah keterujaan adik-adik ni melihat pokok-pokok yang ada di ladang..ape ye yang ade kat ladang ni..hmm
ade pokok buah belimbing,mulberry,roselle,rambutan..itu pokok buah-buahan..
pokok sayur-sayuran dan herba pun ade iaitu pokok kangkung, misai kucing, pudina dan banyak lagi..
Adik-adik ni sangat teruja apabila dapat merasai pengalaman menanam pokok misai kucing sendiri..setiap sorang dapat membawa anak pokok misai kucing yang mereka tanam sendiri,


Lepas tu, adik-adik dibawa ke tempat seterusnya...iaitu 'Mini Pet Zoo'...kat sini ade pelbagai haiwan yang comel-comel belaka..ade arnab,ayam gelek-gelek, dan itik..kat sini juga ade kuda..jadi sape-sape yang nak tunggang kuda pun boleh..



Ketibaan pelajar tadika PASTI


Video Presentation


Perjalan ke ladang


Tanaman-tanaman sayuran


Masing-masing dengan pokok misai kucing 


Ayam Gelek-gelek


Itik

Arnab yang comel





No comments:

Post a Comment