Tuesday, 10 November 2015

Aktiviti



Haaa!!!!

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan apa yang boleh di pelajari disini jika ambil Starfresh sebagai pilihan untuk jalani Latihan Industri..

Ok! Bagi  kami apa yang penting adalah apa yang kita peroleh setelah berbakti, bukanlah terima semata-mata untuk disuap tanpa memberi apa-apa…

Seperti yang sudah dimaklumkan, syarikat ini telah menjalani aktiviti pertanian, segala atur cara program juga boleh turut dilakukan, restoran yang menghidangkan masakan jenis Chinese muslim (memang superb la), serta SPA & hostel untuk penginapan.

Nie antara kisah yang kami akan paparkan kepada anda semua….

Korang penah x nampak pokok rozel dan mulberry? Mana yang xpenah tu ha  mai la ramai-ramai ke sini.. boleh kutip  dan makan terus… memang fresh la… lagi satu kalau nak tau? Kat sini semua tanaman sayur atau buah-buahan 100% xguna baja atau racun kimia.. abis tu guna apa? Ok kalau baja diorang gunakan baja organic.. iaitu baja dari tahi ayam, tahi itik, tahi arnab dan tahi kuda.. mana datang nya binatang tu? 
Ha ni nak habaq mai..  kat sini pon ada mini zoo untuk di lawati.. =)

Kalau racun serangga pulak adalah dari  kompos buah belimbing yang jatuh dan dikutip untuk dijadikan racun serangga…
Perfect!

Ok.. berbalik pada buah rozel dan mulberry..
Kalau nk tahu kami kutip buah rozel dan mulberry untuk buat jem…
Yup.. jem… makan dengan roti…

Kutip dari ladang terus proses jadi jem… memang terbaik…kat bawah ni kami sertakan cara-cara membuat Jem yang segar dari ladang dan bebas bahan pengawet..sesuai sangat kat sesiapa yang jaga kesihatan tu..hmm


1.       Kutip buah rozel dan mulberry dari ladang..

Buah Rozel

Buah Mulberry

aktiviti menuai

aktiviti menuai


2.       Bersihkan buah rozel & mulberry yang telah diceraikan dari biji..
3.       Timbang sebanyak sekilo


ceraikan buah daripada biji

pembersihan dilakukan

4.       Blander atau kisar buah denagn kuantiti air yang sedikit
5.       Masak atas api yang perlahan

dikisar

masak dengan api yang perlahan

6.       Masukkan gula yang telah dicampur pectin(pemekat) sedikit demi sedikit. Sambil-sambil tu kacaulah.
7.       Kacau sehingga mendidih dan pekat selama satu jam.

gula + pepctin

8.       Setelah itu, biarkan selama 1 minit dan campurkan citric acid sebagai penambah vitaminC.
9.       Sementara itu, siteralised (bunuh kuman) botol kaca dengan air panas.
10.   Lap botol sehingga kering untuk mengelakkan kulat membiak.

11.   Isikan Jem ke dalam botol ,tutup dan siap untuk dipasarkan.
12.   Jem yang enak serta bebas bahan pengawet boleh didapati di Starfresh yang dibuat ‘handmade’.

di botolkan


siap untuk dipasarkan dan dimakan


No comments:

Post a Comment