Tuesday, 24 November 2015

Education Trip bersama Pelajar Tadika Pasti

Assalamualaikum dan hai...

Kali ni kami bersama pelajar tadika PASTI untuk 'Education Trip'.
Education trip ni adalah lawatan sambil belajar ..
First of all..kami akan tunggu kedatangan adik-adik tadika Pasti ni datang ke Starfresh..
Setibanya adik-adik ni di Starfresh...mereka disajikan dengan video presentation dari En.Kenly (event manager) mengenai aktiviti yang ada di Starfresh.

Selepas itu, mereka dibawa melawat ladang dan kebun..terserlah keterujaan adik-adik ni melihat pokok-pokok yang ada di ladang..ape ye yang ade kat ladang ni..hmm
ade pokok buah belimbing,mulberry,roselle,rambutan..itu pokok buah-buahan..
pokok sayur-sayuran dan herba pun ade iaitu pokok kangkung, misai kucing, pudina dan banyak lagi..
Adik-adik ni sangat teruja apabila dapat merasai pengalaman menanam pokok misai kucing sendiri..setiap sorang dapat membawa anak pokok misai kucing yang mereka tanam sendiri,


Lepas tu, adik-adik dibawa ke tempat seterusnya...iaitu 'Mini Pet Zoo'...kat sini ade pelbagai haiwan yang comel-comel belaka..ade arnab,ayam gelek-gelek, dan itik..kat sini juga ade kuda..jadi sape-sape yang nak tunggang kuda pun boleh..



Ketibaan pelajar tadika PASTI


Video Presentation


Perjalan ke ladang


Tanaman-tanaman sayuran


Masing-masing dengan pokok misai kucing 


Ayam Gelek-gelek


Itik

Arnab yang comel





Monday, 23 November 2015

Program bersama Sek.Ren.Jempol




Hello... Haiii

Hampir setiap minggu Starfresh terima tempahan untuk jalankan aktivi prrograam...
Waw... memang hebat kan? dan begitu jugalah kami... sentiasa melibatkan diri dalam membantu serba sedikit bagi melancarkan program...

Jumaat, Sabtu, Ahad memang antara hari yang paling sibuk...
Yelah.. kami pon pahamlah.. antara aktiviti yang paling best dijalankaan adalah weekend...
Tapi kami xkesah pon... sebab bayaran Ot ada... heheheh...
Dapat la duit poket sikit...


Makan pon kalau ada program da dapat free...
yang paling penting makan la...
lagi sedap pulak tu kan.... senang hati laaa....
Kira berbaloilah kalau Ot pon....


.....................................................................................................................................
Program : 2 hari 1 malam ( SEKOLAH RENDAH JEMPOL )
Tarikh : 13 nov.
Aktiviti :

  1. Pasang Khemah
  2. Ice Breaking
  3. Treasure Hunt
  4. BBQ
  5. Jungle Trekking
Peserta : 43 Pelajar 4 orang guru
.......................................................................................................................................


Nak tahu x? Sebelum Sek Jempol nie datang, kami sangat risau.. yela....
hujan sepanjang hari boleh dikatakan...
kalau nak buat khemah macam mana? 
satu masalah la sebenarnya.. sebab kene jugak titik beratkan keselamatan...
Andai kata lah hujan x Berenti jugak,,,, kami akan tukarkan kepada aktiviti tidur dalam Dorm Lah... hahahahaha..
Tapi Alhamdulillah.. dengan izin Allah, xlama kemudian hujan berenti... cuaca baik2 saja... macam paham2 pulak kan...
heeeeee....
tu lah dimana kan ... kita merancang, Tuhan yang menentukan..



Khemah siap dipasang



Bergambar dulu sebelum sambung pendakian



Gambar lagi..huhu


Tunggu giliran turun curam


Pelbagai aksi dan skil ditunjukkan


Ape lagi selfiee dulu dah sampai puncak..


selfiee lagi..


Tiba masa untuk pulang..menunggu bas


Sampai pun bas..

Wednesday, 18 November 2015

PaintBall Activities



Bismillah...

Jum kita bercerita lagi jum....

oK ...

Dalam sedar x sedar rupanya Hampir sebulan kot kat sini....
Oh ya nak share sikit yang xlama lagi kami akan pindah rumah.. before nie cuma sewa bilik..
Dengan harga yang agak mahal....
Tapi syukur Alhamdulillah Allah Permudahkan segala urusan...
mungkin ada hikmah disebaliknya..

Trima kasih jugak kepada Encik Zaharudin the part of employee kat sini as a executive sale and promotion..
Jasa mu amat ku kenang...
dah macam seorang ayah kat sini...
gurau sesama, buat keje sesama, kongsi ilmu pun xlupa...

Moga sentiasa dirahmati...

amennn..

Baru2 ni kami ada join group dari Sekolah Rendah Agama As Sofi

Seramai 37 Orang...

apa aktiviti dorang pulak kali ni?

Dorang sume ambil pakej untuk main paintball...

mesti ramai xtahukan cara untuk main benda alah ni kan..
jangan risau akan ada tenaga pengajar yang akan brief tentang cara cara untuk main dan step-step yang betul....


Let me introduces sikit-sikit ya..
kami pun xla berapa arif dan tahu sangat tentang selok belok serta cara yang betul..
tapi boleh la... kira pandai jugak la...

ok..
first akan dibekalkan 1 unit paintball marker iaitu gun..
1 unit 12 Oz Co2 Conister adalah sebagai
seterusnya 1 unit facemask bertujuan untuk keselamatan muka,,
serta vest untuk keselamatan badan..
dan akhir sekali yang paling penting  pellet atau dikenali sebagai peluru akan dibekalkan seorang sebanyak 200 pellet..

ok done!!!!

itu antara peralatan yang penting bagi setiap orang peserta...

cara permaian dah bagaimana? ha tu kene la datang sini.. yang pastinya memang memuaskan.. seres syok.... tapi dalam syok tu ada sakit nya... hahaha... biase la kak bang.... kalau xlebam sana sini tu bukan main nama nya.... tu berperang dalam pustaka... huhuhu...

apa apa pon memang enjoy....



















Program Sekolah Rendah Islam Asadiah



Hai programmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....

program dan program lagi...

Serious memang xjemu.....
macam kami memang aktif dan suka pada perkara yang mencabar serta pelbagai..
So memang kene dengan jiwa la Job ni...
Dapat jumpa dengan ramai orang...

Tapi tipu la tak mencabar kan?
Apa orang cakap

Banyak Orang Banyak Ragam...

hahahaahaha

Back To main topic....
program bersama sekolah  Rendah Islam Asadiah...
seramai 140 orang pelajar dan 39 orang guru yang turut serta dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang Hari disini....

Antara aktiviti yang mereka lakukan ialah

8:00 - 10:00 am
ice-breaking

10:00 - 12:00 
paint ball
obstacle

12:00 - 2:30
rehat
makan tengah hari
solat

2:30 - 5:30
treasure  hunt

5:30 - 6:00
majlis penutup
penyampaian hadiah


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari.....

memang syok menjadi facilitator dalam menjayakan program...



Briefing kepada semua pelajar


Ice Breaking



Rekaan logo pun bermula



Harta karun yang berjaya dicari



Rekaan 'mumia'



Logo-logo kumpulan



Penyampaian hadiah kepada pemenang



Antara kumpulan yang menang

Thursday, 12 November 2015

Program Jamuan Makan Malam

Assalamualaikum.....

Makan Lah Kamu Dari Sumber yang Halal..

Ha sini  kita nak share sikit....
Yup! Memang tukang masak kat Restoran Starfresh ni Chinese...
Jenis masakan pon Chinese food...

Antara menu nya :

Talapia in Lotus Leaves
Sizzling Hot Plate Tofu
'Heong Mong' Chicken
4 King style
Sambal Petai With Anchovies
Special Hot Five Seasons Combination

dan MACAM-MACAM lagi lah...

Baru baca menu dah meleleh air liur...
Blom rase Lagi...

hahahha..
Tapi rase Was-was...
Dah kenapa? sebab tukang masak nya cina?

jangan risau la... sebab tukang masak nya cina MUSLIM...
Serta mendapat pengiktirafan sijil HALAL dari Jakim...
dari segi kebersihan dan kandungan dalam masakan juga mendapat kelulusan...

fuhhhhhh lega kan.... igt... jangan fikir sedap ja... tapi tidak memberatkan halal dan haram....

Advice nie bukan untuk muslim ja... tapi untuk non muslim juga boleh diguna pakai... sebab halal bukan lah bermaksud kandungan dalam makanan yang islam tak boleh makan.. paham kan?

contohnya arak dan sebagainya.. tapi maksud untuk halal juga adalah makanan tersebut bersih dan sumber dari  yang bersih...
bersih pula bermakna persekitaran dan sebagainya...

ok cukup kot... huhu kalau nak tahu lebih lanjut tanya pada yang arif la...

emmmmm.....

Alhamdulillah....
Syarikat ini di percayai oleh orang ramai serta mendapat sambutan yang memberangsangkan...
tempahan makanan juga amat memuaskan pelanggan..

Tu saya cakap... makanan kat sini  memang superb...

29/10
Jamuan Makan Malam...

Tempahan Dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan..

Sempena Majlis Persaraan Pengarah....

Seramai 200 orang tetamu...

=)






















Tuesday, 10 November 2015

Program 3 hari 2 Malam



Program 3 hari 2 malam??? 
apa je nak di buat nya kat sana??
mesti la ada macam-macam aktiviti yang boleh di anjurkan.. 
Bbergantung pada permintaan....

Ok! Program 3 Hari 2 Malam Anjuran AADK bersama Kolej Komuniti Jelebu, dan Giat Mara Kuala Pilah....

Ha, kami bersama mereka dalam salah satu aktiviti iaitu Jungle Trekking..
Macam xcaya kan Syarikat ni ada buat program sampai daki-daki hutan ni..
Tapi memang syok sebab dapat keluarkan peluh, hidup udara segar plus tengok pemandangan indah kat atas sana..

Ynag paling penting group dari Kolej Komuniti & Giat Mara nie memang sporting..
hahahahhahahahaha... tak boleh lupa bila seorang ahli dikalangan kami susah untuk mendaki atas sebab berat badan nya...

Tapi nama pon teamwork kan? so memang kami sama-sama rempuh dan saling membantu..

Dan akhirnya berjaya...
=)











Aktiviti



Haaa!!!!

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan apa yang boleh di pelajari disini jika ambil Starfresh sebagai pilihan untuk jalani Latihan Industri..

Ok! Bagi  kami apa yang penting adalah apa yang kita peroleh setelah berbakti, bukanlah terima semata-mata untuk disuap tanpa memberi apa-apa…

Seperti yang sudah dimaklumkan, syarikat ini telah menjalani aktiviti pertanian, segala atur cara program juga boleh turut dilakukan, restoran yang menghidangkan masakan jenis Chinese muslim (memang superb la), serta SPA & hostel untuk penginapan.

Nie antara kisah yang kami akan paparkan kepada anda semua….

Korang penah x nampak pokok rozel dan mulberry? Mana yang xpenah tu ha  mai la ramai-ramai ke sini.. boleh kutip  dan makan terus… memang fresh la… lagi satu kalau nak tau? Kat sini semua tanaman sayur atau buah-buahan 100% xguna baja atau racun kimia.. abis tu guna apa? Ok kalau baja diorang gunakan baja organic.. iaitu baja dari tahi ayam, tahi itik, tahi arnab dan tahi kuda.. mana datang nya binatang tu? 
Ha ni nak habaq mai..  kat sini pon ada mini zoo untuk di lawati.. =)

Kalau racun serangga pulak adalah dari  kompos buah belimbing yang jatuh dan dikutip untuk dijadikan racun serangga…
Perfect!

Ok.. berbalik pada buah rozel dan mulberry..
Kalau nk tahu kami kutip buah rozel dan mulberry untuk buat jem…
Yup.. jem… makan dengan roti…

Kutip dari ladang terus proses jadi jem… memang terbaik…kat bawah ni kami sertakan cara-cara membuat Jem yang segar dari ladang dan bebas bahan pengawet..sesuai sangat kat sesiapa yang jaga kesihatan tu..hmm


1.       Kutip buah rozel dan mulberry dari ladang..

Buah Rozel

Buah Mulberry

aktiviti menuai

aktiviti menuai


2.       Bersihkan buah rozel & mulberry yang telah diceraikan dari biji..
3.       Timbang sebanyak sekilo


ceraikan buah daripada biji

pembersihan dilakukan

4.       Blander atau kisar buah denagn kuantiti air yang sedikit
5.       Masak atas api yang perlahan

dikisar

masak dengan api yang perlahan

6.       Masukkan gula yang telah dicampur pectin(pemekat) sedikit demi sedikit. Sambil-sambil tu kacaulah.
7.       Kacau sehingga mendidih dan pekat selama satu jam.

gula + pepctin

8.       Setelah itu, biarkan selama 1 minit dan campurkan citric acid sebagai penambah vitaminC.
9.       Sementara itu, siteralised (bunuh kuman) botol kaca dengan air panas.
10.   Lap botol sehingga kering untuk mengelakkan kulat membiak.

11.   Isikan Jem ke dalam botol ,tutup dan siap untuk dipasarkan.
12.   Jem yang enak serta bebas bahan pengawet boleh didapati di Starfresh yang dibuat ‘handmade’.

di botolkan


siap untuk dipasarkan dan dimakan